Menu Pencuci Mulut: Puding Roti Marble
Menu Ringkas Pencuci Mulut: Puding Roti Marble
Chef Apa Aje '.4 keping roti
2 biji telur
1/2 cawan susu pekat
170ml susu cair
8 gram serbuk agar-agar
1/2 cawan gula - boleh dikurangkan
2 sudu besar butter/marjerin (cairkan)
31/2 cawan air = hanya guna cawan biasa 230ml.
2 sudu besar serbuk koko (boleh juga guna choc emulco)
1. Didihkan 3 cawan air, serbuk agar-agar dan gula ke dalam periuk.
2. Blend roti, telur, susu pekat, susu cair dan baki air tadi (1/2 cawan). Kemudian masukkan dalam periuk agar-agar yg sudah didih td.
3. Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih. Matikan api.
4. Bahagi kepada 2. Satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco. Kacau cepat-cepat dan sebati hingga serbuk koko tidak berketul-ketul!
5. Tuang ke dalam loyang secara berselang seli. Sesenduk adunan asal kemudian sesenduk lagi adunan coklat. Ulang hingga habis! Ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan CEPAT sebab puding@agar-agar mudah sejuk@membeku.
6. Kemudian, bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya sejam. Enak dimakan ketika sejuk!
7. Gambar serbuk agar-agar yang digunakan. Bagi sesiapa yg duduk di Jepun, boleh dapatkan serbuk agar-agar di mana-mana supermarket. Didalamnya ada 4 paket, dan setiap paket berat 4g. Brand Topvalu.
8. Versi Pelangi.
No comments: