Menu Ringkas Pencuci Mulut: Puding Belang
Puding Belang : Menu Ringkas Pencuci Mulut
Chef Apa Aje '.10gm serbuk agar-agar
200gm gula
2 1/2 cawan air
1 tin susu cair
3 sudu besar butter
3 sudu besar tepung jagung
2 biji telur
1 sudu besar serbuk koko dibancuh dengan sedikit air panas (saya guna coklat emulco) sedikit pewarna kuning
1. Masak agar-agar dengan air dan gula hingga hancur.
2. Telur dipukul, masukkan tepung jagung dan susu cair. Pukul sebati. Tuangkan ke dalam agar-agar tadi.
3. Masukkan butter. Apabila mendidih, tutup api. Bahagi kepada dua.
4. Satu bahagian dicampur pewarna kuning dan satu lagi dicampur koko.
5. Tuang sesenduk warna kuning, sejukkan sekejap, tuang pula warna coklat dibahagian tengah sedikit. Ulang hingga habis.
6. Sejukkan dan hidangkan.
No comments: