P Ramlee Allahyarham Yang Masih Hidup!
22 Mac 2017 - Google menyambut kelahiran Tan Sri P Ramlee yang ke-88. Bagi kami yang lahir sekitar era 90-an, kenangan menonton filem-filem P Ramlee tidak lekang di ingatan. Kerna sampai sekarang cerita Allahyarham yang berusia hampir 50 tahun ini masih lagi diulang tayang oleh Media Televisyen Tempatan sehingga dialog Allahyarham pun masih terngiang-ngiang di pikiran.
Namun, dalam dokumentari History Channel, Allahyarham memberi ucapan bahawa "Jikalau muzik tradisional itu tidak diserap masuk, nescaya muzik asing akan mengambil alih jiwa anak-anak Melayu"
Admin 'attach' dokumentari penuh ini di bawah:
Ini pula video dokumentari pendek yang berkisar bagaimana keadaan Allahyarham yang pergi meninggalkan kita. Salah satu yang admin masih ingat ialah: "Saya terkejut melihat Bapak Saya. Muka dia seolah-olah senyum diatas pembaringan"
Sedikit Sketsa Allahyarham P Ramlee yang tidak pernah lekang dihati.
ps: Semoga Allah memberkati usaha Allahyarham dan ditempatkan di kalangan orang beriman. Begitu besar jiwa Allahyarham yang telah lama meninggalkan dunia ini. Admin yakin filem Allahyarham masih hidup 100 tahun lagi.