Kita Sebenarnya Seorang Yang MATI


SOLAT

Apakah itu Solat? Inilah suatu tugas yang paling MALAS untuk dilaksanakan bagi yang tidak mengetahui kenapa dan mengapa KITA perlu berSOLAT.

Jika kita mesti MAKAN dan MINUM maka itulah maksudnya SOLAT. Solat bermaksud makan dan minum.

Apabila kita makan dan minum; sebenarnya BUKANlah kita yang makan dan bukan jua kita yang minum.

Yang makan dan minum itu adalah kenderaan yang kita tumpang di mukabumi ini.
Salah satu enjin utama pada kenderaan itu ialah Jantung. Jantung bertugas untuk menjemput Para Malaikat masuk ke dalam "Kenderaan" yang kita tumpang ini. Ya, para malaikat masuk sebagai apa yang kita fahami ianya adalah Molekul Oksigen, Tugas Oksigen adalah untuk mengoksidakan makanan dan minuman yang kita makan dan minum untuk ditukar kepada bahan yang paling ringkas iaitu ASID AMINO.

Di manakah kita? Kita bukanlah suatu unit. Kerana kita adalah suatu INSTITUSI. Institusi bagi KITA adalah bilamana RUH ditiupkan ke dalam suatu GUMPALAN DARAH. Ketika berlakunya fenomena ini maka KITA terbit dan muncul dari suatu yang tiada kewujudan atau ADAM.

Ya, sebelum kita memulai jejak langkah kehidupan sebagai suatu Institusi atau al-ins; kita adalah adam yang beroperasi menjadi nuh. Kita adalah NUH ketikamana kita masih lagi suatu AIR. Dari suatu yang tiada kewujudan kita diangkat ke maqam yang lebih tinggi sebagai IDRIS di dalam Tulang Sulbi Bapa dan Tulang Dada Tara'ib pada IBU. Masih jua tiada kewujudan sehinggalah KITA menjadi NUH iaitu seorang pelayar yang melayar Bahteranya. Mereka sebut ianya sebagai SPERMA dan OVUM.

Jika kita makan bertujuan mahukan ASID AMINO maka kita mesti SOLAT supaya asal kita yang KAFIR ini dapat kita rubah ia menjadi berIMAN. Tanpa ASID AMINO; tubuh kita akan menjadi MATI. Ya, tanpa Solat; kita sebenarnya seorang yang MATI.

No comments:

Powered by Blogger.