Habis Madu Sepah Dibuang!
Sudah jadi lumrah manusia sekarang, habis madu sepah dibuang. Begitulah nasib kartunis Ujang atau lebih dikenali dengan nama Ibrahim Anon yang merupakan antara kartunis berpengaruh suatu ketika dahulu. Beliau adalah antara orang bertanggungjawab dalam menerbitkan Majalah Ujang serta menghasilkan animasi “Usop Sontorian” yang menjadi perintis kepada animasi yang ada sekarang.
Dengar kata dahulu beliau dikhianati oleh rakan perniagaannya sendiri semasa menerbitkan Majalah Ujang sehinggakan semua watak kartun yang digunakan didalam Majalah Ujang tidak boleh digunakan lagi oleh beliau. Dan kali ini berita terbaru kami dapat yang beliau juga dikhianati oleh penerbit animasi terkenal negara iaitu Upin dan Ipin dalam penerbitan Majalan Upin dan Ipin.
Menurut catatan yang dikongsikan di laman facebook Ujang sendiri. (Baca ceritanya disini) Beliau sebenarnya ditawarkan untuk bekerja dengan sebuah syarikat penerbitan Majalah Upin Dan Ipin pada 6 tahun yang lepas. Pada mulanya beliau agak berat hati untuk menerima tawaran tersebut disebabkan pernah ditipu sebelum ini tapi disebabkan syarikat tersebut merayu-rayu dengannya, akhirnya beliau bersetuju juga dengan tawaran tersebut.
Sungguhpun Ujang meletakkan syarat iaitu gaji sebanyak RM15,000. Tapi pihak syarikat tersebut tidak mampu untuk menawarkan gaji tersebut kepada Ujang memandangkan syarikat mereka masih baru lagi. Apa yang mereka dapat tawarkan kepada beliau hanyalah RM2,000 sebulan. Ujang yang memahami keadaan syarikat ini, menerima keputusan tersebut. Disana beliau dilantik menjadi penasihat dan melakukan kerja-kerja awal bagi membolehkan syarikat ini menerbit majalah kartun mereka sendiri. Antara kerjanya seperti menyediakan konsep, cara memohon permit daripada KDN, memberikan cadangan nama-nama pengedar yang boleh digunakan, cara untuk mengendalikan pencetakan majalah, menyusun sidang redaksi serta memantau perjalanan majalah. Hampir kata, kesemua ilmu yang diperoleh semasa beliau menerbitkan Majalah Ujang dahulu, digunakan sepenuhnya untuk menerbitkan Majalah Upin dan Ipin ini.
Tapi langit tak selalunya cerah, awan tak selalunya mendung. Syarikat yang sudahpun mampu berdiri dengan sendiri ini merasakan khidmat Ujang tidak diperlukan lagi. Akhirnya selama 6 tahun beliau bekerja, syarikat yang menerbit Majalah Upin dan Ipin ini memberhentikan Ujang 24 jam tanpa sebarang alasan yang munasabah. Disebabkan kesempitan yang beliau alami sekarang, beliau cuba merayu dengan syarikat ini untuk mempertimbangkan kembali pengambilannya semula dalam syarikat itu tetapi tidak diendahkannya. Mungkin mereka merasakan yang mereka boleh menjalankan syarikat tersebut tanpa khidmat nasihat dari Ujang. Berikut serba sedikit apa yang dicoretkan daripada Facebook beliau:
Kami bersimpati dengan apa yang Ujang alami. Apa yang berlaku kepada beliau sebelum ini terjadi lagi. Walau apapun kami harap ujang dapat bersabar, biasalah sesetengah manusia ni kalau dah maju, memang dilupakan jasa yang kita pernah taburkan. Mungkin rezeki beliau bukan disitu, Allah S.W.T itu tahu perjalanan hambanya. Insyallah ada yang lebih baik daripada itu kelak. – Sumber FB budakminang (Ibrahim Ujang Anon).
P/S: Kalau tak silap Majalah Komik Upin & Ipin ni diterbitkan oleh sebuah syarikat yang lain bukannya Les’ Copaque. Syarikat ni diberi lesen daripada Les’ Copaque Production untuk terbitkan Majalah Komik Upin & Ipin .Mungkin Les Copaque tak tahu pasal ni. Tak pasal-pasal menjatuhkan imej Upin & Ipin tu sendiri.
No comments: