Seperti Lembu dicucuk Hidung?


Menurut mesej pesanan ringkas yang dikongsikan oleh Ujang di ‘wall’ Facebooknya, pihak Nyla Sdn Bhd memohon maaf atas pemecatan tersebut memandangkan dia begitu terikat dengan Les Copaque yang memberikan lesen penerbitan kepadanya. Kerenah daripada Les Copaque memaksa syarikat penerbitan ini memecat Ibrahim Anon atau lebih dikenali dengan nama Ujang dalam masa 24 jam.





Dari mesej tersebut pihak Nyla Sdn Bhd seperti tidak mampu berbuat apa-apa. Boleh dikatakan seperti “Lembu Yang Dicucuk Hidungnya”. Dalam masa yang sama, Ujang juga mengatakan ada juga desas-desus yang mengatakan bahawa ada nama-nama baru yang bakal menggantikan jawatan beliau sebagai Penasihat Komik dalam syarikat tersebut. Walaubagaimanapun dengan nada sedih Ujang memberitahu dia telah menghalalkan serta memaafkan apa yang berlaku kepada beliau. Dan dia berharap perbuatan seperti itu, tidak diulangi oleh syarikat ini pada masa akan datang.

Bagi kami apa yang dilakukan oleh syarikat ini kepada Ujang memang sememangnya tidak patut. Dari syarikat ini tidak tahu apa-apa hinggalah Ujang masuk dan melakukan perubahan kepada syarikat ini sehingga berjaya menerbitkan majalah komiknya sendiri sepatutnya beliau diberikan penghormatan. Orang cakap kalau “Kita Susah Sama-Sama, Kita Naik Pun Sama-Sama”. Walau apapun kami harap Ujang dapat bersabar dengan ujian tersebut. Mungkin rezekinya bukan disini, mungkin ditempat lain. Apa-apapun kami harap Ujang akan terus berkarya.

Sumber: Orang Nogori

No comments:

Powered by Blogger.