Inilah 12 Aktiviti Nostalgia yang boleh Anak-Anak buat ketika Hari Hujan
Inilah 12 Aktiviti Nostalgia yang boleh Anak-Anak buat ketika Hari Hujan
Apa Apa Aje '.Kerana hari hujan di luar tidak bermaksud ianya tidak dapat berseronok di dalam. Sebenarnya, banyak jalan untuk kekalkan keseronokan anak-anak. Dari kubu-kubu yang diperbuat daripada perabot dan selimut, juga dari slaid yang dibuat dari kotak kadbod. Apa-Apa Aje kongsikan idea-idea meletop untuk ‘membakar’ imaginasi anak-anak dan mengelakkan kebosanan yang melpembaca jiwa.
Meskipun sedikit krayon dan beberapa helai kertas dapat menyediakan kegembiraan yang terpaut di wajah; keluarga juga boleh turut serta sebagai satu jalan untuk melihat sejauh mana kalangan keluarga ‘mempersonakan’ idea masing-masing. “Jadikan hari hujan sebagai taman tema”
1. Bina Kadbod Gelongsor
Aktiviti ini sesuai kalau rumah pembaca mempunyai tangga ke tingkat atas. Awasi pergerakan mereka supaya tidak cedera terkena apa-apa benda tajam atau aksi berbahaya yang mereka lakukan. Disisi tangga, lipatkan kadbod sedikit supaya mereka boleh naik ke atas. Di bahagian bawah, Letakkan banyak bantal di lantai.
2. Bina kubu-kubu dari kusyen yang empuk.
Pernah ingat zaman ini? Semestinya ya kan? Kubu-kubu kusyen Admin pernah main dengan adik-adik semasa kecil. Jadi, tidak mustahil anak-anak zaman gajet ini tidak melakukan perkara serupa tidak kira masa hujan ataupun tidak.
3. Papan Permainan
Monopoli, Bina Kata, Apa-Apa Aje yang boleh mengurangkan rasa kebosanan mereka. Turut serta sekali. Hilangkan Stress Pembaca sebagai ibu dan ayah kepada anak-anak; Itulah salah satu jalan sebagai ibu ayah untuk lepaskan kepenatan bekerja siang dan malam.
4. Melukis bersama Anak-Anak
Haaa.. Yang ini sambal-sambil mengasah bakat anak-anak pembaca berbakat melukis, Pembaca sebagai ibu ayah pun boleh turut serta. Pertandingan dapat cokelat pun apa salahnya kan ?
5. Lakonkan watak
Yang ini, Admin pasti dah agak pembaca dah tahu kan ? Zaman gajet pun dah boleh buat. Masuk YouTube pun jadi tuh..
6. Kapal Terbang Kertas
Yang ini peringatan admin, kipas siling tu dibuka perlahan 1 atau 2 suis kelajuan nya. Supaya kipas tidak rosak akibat kapal terbang kertas melekat di bilah-bilah kipas.
7. Memasak
Aktiviti memasak juga mengasah ‘skill’ anak-anak. Selain anak-anak tidak bosan ketika hari hujan; dan menyepah ruang rumah. Apa yang penting, berhati-hati ketika melakukan aktiviti memasak. Main masak-masak pun boleh bagi mengelakkan kejadian tidak disenangi berlaku; jika pembaca suka berhati-hati.
8. Blok-blok bangunan.
Seperti tetris di dunia maya, permainan susun blok-blok bangunan adalah dalam dunia reality.
9. Comic Strip
Bagi anak-anak yang besar; 10 tahun, cabar mereka membuat watak-watak ciptaan sendiri dalam bentuk satu komik ringkas. Ianya suatu yang menyeronokkan ibu ayah melihat apa yang mereka boleh buat.
10. Buku Stiker.
Tiada yang membuatkan anak-anak gembira selain adanya kehadiran stiker. Buatkan satu buku stiker ringkas untuk mereka kumpulkan di satu tempat.
p/s: Yang ini Admin pernah buat buku stiker dan menjual kepada kepada kawan-kawan sekolah.
11. Dominos
Siapa tak kenalkan permainan ringkas semacam ini ? Salah satu permainan yang memakan masa. Ajarkan mereka bagaimana nak buat dan biarkan mereka leka. Jangan sampai tak makan pula ya..
Dengan Pemadam getah pun boleh buat.
12. Kraf Tangan.
“Comotnya tengok anak-anak manis mak ni” dah dah pergi mandi. Nanti mak bagi hadiah ya sebab anak-anak mak pandai buat kraftangan tuk mak. Terima kasih. Sayang anak mak.
Jangan lupa mencuba ya..
Silakan Share artikel ini jika bermanfaat.
Oleh: Apa-Apa Aje.
All pictures copyrights belongs to respective owners. Sumber Gambar Pelbagai berhak kepada yang empunya.
p/s: artikel boleh cnp asalkan tukar title, tukar bahagian gambar, tambah intro dan penutup.
No comments: