XPDC ke Beberapa Tempat Mistery

Assalamualaikum KC,

Saya ingin berkongsi pengalaman saya dan teman-teman pada November tahun lepas. Kami kononnya ingin menjejaki entiti. Sebenarnya ini adalah permintaan hari jadi salah seorang teman saya untuk menganjurkan expedisi ini. Kami sekumpulan seramai 16 orang telah pergi ke beberapa tempat yang dikatakan berhantu atau menyeramkan di Singapura yang telah dikategorikan sebagai angker oleh salah sebuah lelaman hantu di Singapura. Expedisi bermula dari 11 malam hingga 6 pagi, pada 28 November tahun lalu. Tempat-tempat yang dituju adalah:

1. Old Changi Hospital
2. Kubur Boyan
3. Red House
4. Tyersall Mansion di Botanic Garden


GAMBAR PERTAMA: PONTIANAK DI OLD CHANGI HOSPITAL


Ini adalah gambar asal di sebuah corridor di Old Changi Hospital kira-kira pukul 12.30 malam


Inilah gambar yang telah dibesarkan dan jelas kelihatan sosok seorang wanita berbaju putih berambut panjang di penghujung koridor ini. Bila saya terlihat gambar ini saya terkejut K.C. kerana pada masa dan ketika itu saya dan teman-teman tersesat sekejap kerana kami semua asyik berbalik ke koridor ini dekat 2 atau 3 kali seperti telah disesatkan sekejap. Pada ketika itu saya terasa tak sedap hati dan sengaja memetik gambar di sekitaran itu.

GAMBAR NOMBOR 2: TERLIHAT SEPERTI POCONG DI TYERSALL MANSION


Terlihat pocong di tengah-tengah pokok yang tebal...


GAMBAR NOMBOR 3:


Gambar asal terlihat seperti seseorang yang berambut panjang, berbaju putih sedang duduk di sebelah kiri gambar ini...


Gambar nombor 3: Yang agak menyeramkan (ini bukan efek asap yang dibuat-buat tau...)



Di Tyersall Mansion ini bila saya berdiri di depan pintu gerbang aje bulu roma dah berdiri. Apalagi saya pun berhenti dari memetik gambar dan serahkan tugasnya kepada salah seorang teman saya K.C.


Sejarah Misteri Tyersall Mansion

Dikenali sebagai Tyersall House atau Istana Woodneuk, rumah ini dibina pada tahun 1854. Estet ini berukuran 67 akar. Pada 2:45 pagi pada Sep 10, 1905, istana ini dijilat api kerana disebabkan kerosakan wayar elektrik dan kesemua penghuni istana itu mati dalam kebakaran itu K.C.

Dari tahun 1907, Istana Woodneuk sudah lama tidak didiami hingga sekarang. Dengar kata istana ini kepunyaan Sultan Abu Bakar Of Johor. Jika para pendengar ingin sangat mengunjung tempat ini, anda harus melalui hutan yang tebal dipenuhi oleh banyak pokok-pokok pisang dan jalan yang berbelok2 lebih kurang sejauh satu batu.
...

No comments:

Powered by Blogger.