Kisah Benar Dikejar Penanggal
Di kawasan pedalaman Sabah, heboh dengan kisah misteri mengenai hantu penanggal atau juga dikenali sebagai balan-balan.
Hantu jenis ini dikatakan suka memakan uri ibu yang baru bersalin.
Benarkah hantu penanggal ini wujud?
Apa itu penanggal? Adakah ia sejenis hantu ataupun setan? Menurut kata orang-orang Sabah terutamanya dari Kota Belud, penanggal ini merupakan individu yang mengamalkan ilmu hitam. Di Sabah, Penanggal di panggil B Kuasa Dua.. Sebab kenapa? Sebab menggunakan perkataan BALAN BALAN akan mendorong ia datang!
Kisahnya begini >>>
Kisah ini terjadi pada 8 bulan lepas, Menurut saudara saya, padam malam tersebut rakannya baru balik dari satu majlis kesyukuran yang dibuat oleh ibu mertuanya.. Dia yang bersama isteri dan anak lelakinya pada waktu itu menggunakan satu jalan yang agak suram dan gelap.. Seperti pada malam-malam yang biasa, tidak ada sebarang peritiwa aneh yang berlaku sepanjang mereka menggunakan jalan tersebut.
Namun pada malam yang berikutnya.. Satu peristiwa yang agak seram dan menakutkan terjadi kepada 3 beranak ini.. Semasa mereka melintasi satu kedai dikampung tersebut, anak mereka terlihat satu bentuk seakan-akan penanggal berlegar-legar disekeliling tiang lampu yang tidak jauh dari mereka. Penanggal tersebut seperti tidak mengendahkan kehadiran mereka, sehinggalah anak lelaki mereka itu menegur benda tersebut dengan bertanyakan kepada ibunya apakah benda yang terbang berdekatan dengan tiang lampu itu?!
Seperti didengari oleh penanggal tersebut, terus ia mengekori mereka dari belakang sehingga menyebabkan anak mereka menangis ketakutan... ibunya yang dari tadi menyangka penganggal yang terbang mengekori mereka itu adalah seekor burung, turut menangis dan mengarahkan suaminya memandu kereta dengan laju!
Walaupun setelah beberapa kilometer, penanggal tersebut masih mengekori mereka dari belakang.. untuk menenangkan keluarganya, rakannya telah membaca beberapa patah ayat suci Al-Quran serta ayat kursi sebagai pendinding.. Penanggal tersebut bertambah ganas! ia menghentak-hentakkan kepalanya ke arah tingkap kereta yang dipandunya seakan-akan ingin mengacahnya!
Penanggal itu seperti tidak takut dengan ayat-ayat di bacanya..semakin dibaca.. semakin bertambah agresif penanggal itu! Penanggal itu terbang beriringan dengan keretanya dan memerhati mereka dari tepi tingkap.. oleh kerana takut sangat..rakannya tidak berani menoleh untuk melihat wajah penanggal tersebut!
Nasib mereka agak baik.. tidak lama selepas itu, terdapat satu kereta yang dipandu bertentangan telah membunyikan hon seperti ingin memberitahu dia juga terlihat penanggal tersebut.. Oleh sebab lampu terang dan bunyi hon itu, penanggal tersebut berubah arah dan mengejar pula kereta yang telah membunyikan hon itu!
Menurut saudara saya, selepas peristiwa itu... Rakannya telah mengambil cuti selama 2 minggu untuk memulihkan kembali semangat nya!
Ishhhh isshhh ishhhh..... Kata orang-orang tua.. kalau nampak benda yang pelik.. jangan ditegur.. Hehehe
No comments: